|
AND
dan KESAMAAN (equality)
|
INEQUALITY OR EQUALITY ??
Hari ini aku membaca Utusan dan aku tertarik pada artikal oleh Hafizahril Hamid tentang negara Jepun .
Lebih kurang macam ini la ..
Walaupun penduduknya kebanyakan beragama Shinto dan Buddha namun perlakuan dan amalan hidup mereka begitu berhemah, menghormati dan berbudaya seperti yang Islam terapkan dalam cara hidup yang sepatutnya menjadi teras dalam kehidupan.
Walaupun diangkat sebagai negara termaju di dunia dengan kekayaan melimpah ruah walaupun negara itu sangat kurang hasil buminya, namun kerana disiplin dan cara hidup yang penuh hormat, berintegriti dan berbudaya tinggi melengkapkan lagi kelangsungan mereka sebagai manusia dihormati, tidak kira dimana pun mereka berada.
Sikap mereka ini bukan sahaja menjadi amalan sesama mereka tanpa mengira darjat atau kedudukan malah orang terkaya di Negara Matahari Terbit itu sendiri “segan” untuk menunjukkan kemewahan dan kelebihan yang dimiliki kerana takut disalah erti mahupun dipandang serong.
Amat sukar untuk melihat orang berada di negara Jepun "bermain" dengan kapal mewah atau jet mewah semata-mata mahu menunjuk-nunjuk.Ini kerana soal inequality atau ketidaksamarataan adalah isu yang sangat sensitif bagi penduduk negara itu. Ini bersesuaian dengan kedudukan negara itu sebagai negara yang mempunyai kadar ketidaksamarataan paling rendah di dunia. Apatah lagi dengan cukai yang sangat tinggi bagi golongan kaya, sekitar 45 peratus, maka adalah tidak menghairankan kenapa negara itu digelar sebagai "negara komunis paling berjaya di dunia".
DI MALAYSIA
Kebanyakan golongan kaya di Malaysia tanpa rasa bersalah seperti menunjuk-nunjuk kekayaan diri .Dengan pakaian beribu-ribu, majlis mewah, dan banyak lagi pembaziran yang secara terang-terangan Malah dalam dunia moden kini adalah biasa bagi orang berduit menunjukkan pada dunia cara mereka hidup dan berbelanja melalui pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya,
Isu ketidaksamarataan antara golongan kaya dan miskin kini semakin menjadi isu hangat dikebanyakan negara di dunia. Apatah lagi dengan keupayaan teknologi canggih sekarang semua orang mampu melihat bagaimana rakusnya si kaya berbelanja semahu-mahunya menyebabkan ada pihak yang "meleleh air liurnya" kerana pembaziran yang menggila.
Masalah ketidaksamarataan ini jika tidak dikawal mampu menjadi barah yang boleh merosakkan keharmonian dan keamanan sesebuah negara. Bukan bermaksud tidak perlu ada orang kaya cuma keadilan perlu berlaku pada semua.
Apatah lagi dalam dunia sekarang apabila si kaya atau keluarganya akan senantiasa mengaut kekayaan melampau berikutan kemampuan mereka mengambil peluang demi peluang dengan kemewahan yang dimiliki.
Akhirnya si kaya akan bertambah kaya manakala orang biasa dan miskin akan terus terpinggir.
No comments:
Post a Comment