Thursday, 23 April 2015

Dalam kitab Matsalul Kamil diriwayatkan bahawa adalah Rasulullah S.A,W dalam satu perjalanan memerintahkan para sahabatnya supaya menyembelih seekor kambing untuk dimakan bersama-sama
kemudian ada seorang sahaba berkata :
Ya Rasulullah .Akulah yang menyembelihnya". Seorang sahabat lain berkata . " Ya Rasulullah . Aku yang akan melapah kulitnya." Seorang sahabat yang lain lagi berkata : Ya Rasulullah aku yang akan memasaknya .
Baginda pun bersabda : Aku yang akan menngumpulkan kayu untuk memasaknya.
Mereka berkata " Ya Rasulullah . Kami akan buat semua itu dan Baginda tidak usah bersusah payah kerana kami akan uruskan semuanya sehingga selesai. "
 Baginda kemudian bersabda :
Ertinya : " Aku mengetahui bahawa kamu mencukupkan aku, tetapi aku tidak suka kelihatan bahawa aku berbeza daripada kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai seseorang daripada hamba-Nya berbeza antara para sahabatnya. "

PENGHUNI DUNIA DAN AKHIRAT YANG PALING MULIA

motivational video - change your world

Friday, 17 April 2015


.....KENALI AL-QURAN.....

1.Berapa jumlah surah dalam Al-Quran?
   114 surah 
2. Berapa jumlah juz dalam Al-Quran?
    30 juz
3. Berapa jumlah Hizb dalam Al-Quran ?
    60 Hizb
4. Berapa jumlah ayat dalam Al-Quran?
    6236 Ayat
5. Berapa jumlah Sajdah (ayat sujud) dalam A-Quran?
    14 Sajdah 
6. Berapa jumlah para Nabi yang disebut dalam A-Quran?
    25 Nabi
7.  Berapa jumlah Surah Madaniyah dalam Al-Quran?
    28 surah 
8. Berapa jumlah Surah Makiyah dalam A-Quran?
    86 surah 
9. Apakah surah yang paling Agung?
    Surah Al-Fatihah 
10. Apakah ayat yang paling Agung dan dalam surah apa?
     Ayat Kursi dalam Surah Al-Baqarah ayat no 255 


BERSEDERHANA DALAM BERPAKAIAN ...


Rasulullah S.A.W  BERSEDERHANA DALAM BERPAKAIAN  dan pada dirinya sedikitpun tiada tanda-tanda sebagai seorang pembesar dan demikian tawaduknya terhadap sesama manusia....


Diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasa'i daripada Abi Hurairah , dia berkata :


" Adalah Rasulullah S.A.W duduk dengan sahabatnya , maka jika datang seorang yang asing , dia tidak akan tahu manakah Baginda antara mereka itu, sehingga bertanyalah dia terlebih dahulu" .....

FORGIVENESS , YOU DESERVE PEACE (KEMAAFAN)