Dalam kitab Matsalul Kamil diriwayatkan bahawa adalah Rasulullah S.A,W dalam satu perjalanan memerintahkan para sahabatnya supaya menyembelih seekor kambing untuk dimakan bersama-sama
kemudian ada seorang sahaba berkata :
Ya Rasulullah .Akulah yang menyembelihnya". Seorang sahabat lain berkata . " Ya Rasulullah . Aku yang akan melapah kulitnya." Seorang sahabat yang lain lagi berkata : Ya Rasulullah aku yang akan memasaknya .
Baginda pun bersabda : Aku yang akan menngumpulkan kayu untuk memasaknya.
Mereka berkata " Ya Rasulullah . Kami akan buat semua itu dan Baginda tidak usah bersusah payah kerana kami akan uruskan semuanya sehingga selesai. "
Baginda kemudian bersabda :
Ertinya : " Aku mengetahui bahawa kamu mencukupkan aku, tetapi aku tidak suka kelihatan bahawa aku berbeza daripada kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai seseorang daripada hamba-Nya berbeza antara para sahabatnya. "
No comments:
Post a Comment