Tuesday, 13 October 2015




DRAWING YOUR DREAMS INTO REALITY






Aku nak kongsi sikit knowledge yang aku dapat daripada talk mak cik kat atas ni (Maya Angelou) iaitu DRAW YOUR FUTURE !!!



You can live the life you desire. It's right there in front of you.But in order to achieve it, you must first see it, then believe it, and then you must graciously ask and train your brain to help you execute your vision.


So how do we see our vision? 

Through a picture.

A picture can create movement.
A picture...can unite nations,
A picture can pull at your heart and fill you with a deep desire to do something.


Ksimpulan dia lukis apa yang kita nak jadi dan tampal di dinding ka kat mana-mana La yang kita dapat lihat setiap hari . ia untuk mendorong kita mencapai matlamat yang kita idamkan , seterusnya apabila kita selalu lihat and percaya pada diri kita yang kita boleh then take a action. 





 "A solitary fantasy can transform a million realities." 


Just three bold steps can transform one reality, yours.

SEE IT 

BELIEVE IT 

ACTION IT 


Example 



current state                               desired new reality

i) Berniaga kecil-kecilan            ii) lukisan hampa jadi usahawan berjaya 


i) Budak sekolah                     ii) lukisan hampa jadi berjaya jadi budak                                                      universiti 


Image result for school student                                                               


 
                                                                   













\


                      Keusahawanan


Aku membaca daripada other website. Aku setuju this article ,  actually bukan semua perkara kita just reading , practical is more important .


Pembelajaran keusahawanan melalui buku teks adalah seperti menonton video tentang bagaimana untuk menunggang basikal tanpa menunggang ia. Setiap usahawan yang berjaya akan memberitahu anda keusahawanan  tidak boleh diajar, ia mesti melalui pengalaman. Yang dikira pengambilan risiko, perjuangan mental, dan lain-lain tidak belajar daripada buku teks, ia datang  ketika berada di medan perang.

Cita-cita aku pun nak menjadi usahawan . Harap menjadi kenyataan , 

Alternatif: Alternatif paling mudah adalah untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Ini boleh menjadi satu perniagaan sampingan , atau sesuatu yang mudah seperti menjual barangan di Ebay/mudah  Perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah mengkaji kerja-kerja usahawan berjaya ..

Thursday, 23 April 2015

Dalam kitab Matsalul Kamil diriwayatkan bahawa adalah Rasulullah S.A,W dalam satu perjalanan memerintahkan para sahabatnya supaya menyembelih seekor kambing untuk dimakan bersama-sama
kemudian ada seorang sahaba berkata :
Ya Rasulullah .Akulah yang menyembelihnya". Seorang sahabat lain berkata . " Ya Rasulullah . Aku yang akan melapah kulitnya." Seorang sahabat yang lain lagi berkata : Ya Rasulullah aku yang akan memasaknya .
Baginda pun bersabda : Aku yang akan menngumpulkan kayu untuk memasaknya.
Mereka berkata " Ya Rasulullah . Kami akan buat semua itu dan Baginda tidak usah bersusah payah kerana kami akan uruskan semuanya sehingga selesai. "
 Baginda kemudian bersabda :
Ertinya : " Aku mengetahui bahawa kamu mencukupkan aku, tetapi aku tidak suka kelihatan bahawa aku berbeza daripada kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai seseorang daripada hamba-Nya berbeza antara para sahabatnya. "

PENGHUNI DUNIA DAN AKHIRAT YANG PALING MULIA

motivational video - change your world

Friday, 17 April 2015


.....KENALI AL-QURAN.....

1.Berapa jumlah surah dalam Al-Quran?
   114 surah 
2. Berapa jumlah juz dalam Al-Quran?
    30 juz
3. Berapa jumlah Hizb dalam Al-Quran ?
    60 Hizb
4. Berapa jumlah ayat dalam Al-Quran?
    6236 Ayat
5. Berapa jumlah Sajdah (ayat sujud) dalam A-Quran?
    14 Sajdah 
6. Berapa jumlah para Nabi yang disebut dalam A-Quran?
    25 Nabi
7.  Berapa jumlah Surah Madaniyah dalam Al-Quran?
    28 surah 
8. Berapa jumlah Surah Makiyah dalam A-Quran?
    86 surah 
9. Apakah surah yang paling Agung?
    Surah Al-Fatihah 
10. Apakah ayat yang paling Agung dan dalam surah apa?
     Ayat Kursi dalam Surah Al-Baqarah ayat no 255 


BERSEDERHANA DALAM BERPAKAIAN ...


Rasulullah S.A.W  BERSEDERHANA DALAM BERPAKAIAN  dan pada dirinya sedikitpun tiada tanda-tanda sebagai seorang pembesar dan demikian tawaduknya terhadap sesama manusia....


Diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasa'i daripada Abi Hurairah , dia berkata :


" Adalah Rasulullah S.A.W duduk dengan sahabatnya , maka jika datang seorang yang asing , dia tidak akan tahu manakah Baginda antara mereka itu, sehingga bertanyalah dia terlebih dahulu" .....

FORGIVENESS , YOU DESERVE PEACE (KEMAAFAN)

Sunday, 15 March 2015







AND 



dan KESAMAAN (equality)


INEQUALITY OR EQUALITY ??



Hari ini aku membaca Utusan dan aku tertarik pada artikal oleh Hafizahril Hamid tentang negara Jepun .
Lebih kurang macam ini la ..


Walaupun penduduknya kebanyakan beragama Shinto dan Buddha namun perlakuan dan amalan hidup mereka begitu berhemah, menghormati dan berbudaya seperti yang Islam terapkan dalam cara hidup yang sepatutnya menjadi teras dalam kehidupan.

 Walaupun diangkat sebagai negara termaju di dunia dengan kekayaan melimpah ruah walaupun negara itu sangat kurang hasil buminya, namun kerana disiplin dan cara hidup yang penuh hormat, berintegriti dan berbudaya tinggi melengkapkan lagi kelangsungan mereka sebagai manusia dihormati, tidak kira dimana pun mereka berada. 

Sikap mereka ini bukan sahaja menjadi amalan sesama mereka tanpa mengira darjat atau kedudukan malah orang terkaya di Negara Matahari Terbit itu sendiri “segan” untuk menunjukkan kemewahan dan kelebihan yang dimiliki kerana takut disalah erti mahupun dipandang serong.


Amat sukar untuk melihat orang berada di negara Jepun "bermain" dengan kapal mewah atau jet mewah semata-mata mahu menunjuk-nunjuk.Ini kerana soal inequality atau ketidaksamarataan adalah isu yang sangat sensitif bagi penduduk negara itu. Ini bersesuaian dengan kedudukan negara itu sebagai negara yang mempunyai kadar ketidaksamarataan paling rendah di dunia. Apatah lagi dengan cukai yang sangat tinggi bagi go­longan kaya, sekitar 45 peratus, maka adalah ti­dak menghairankan ke­­napa negara itu di­ge­­lar sebagai "negara komunis paling berjaya di dunia".


DI MALAYSIA 

Kebanyakan golongan kaya di Malaysia tanpa rasa bersalah seperti menunjuk-nunjuk kekayaan diri .Dengan pakaian beribu-ribu, majlis mewah, dan banyak lagi pembaziran yang secara terang-terangan Malah dalam dunia moden kini adalah biasa bagi orang berduit  menunjukkan pada dunia cara mereka hidup dan berbelanja melalui pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya,


Isu ketidaksamara­taan antara golongan kaya dan miskin kini semakin menjadi isu hangat dikebanyakan ne­gara di dunia. Apa­­­tah lagi dengan keupayaan teknologi canggih sekarang se­mua orang mampu me­­lihat bagaimana ra­­kusnya si kaya ber­be­lanja semahu-mahunya menyebabkan ada pihak yang
"meleleh air liurnya" kerana pembaziran yang menggila.


Masalah ketidaksamarataan ini jika tidak dikawal mam­pu menjadi barah yang boleh merosakkan ke­harmonian dan keamanan sesebuah negara. Bukan bermaksud tidak perlu ada orang kaya cuma keadilan perlu berlaku pada semua.
Apatah lagi dalam dunia sekarang apabila si kaya atau keluarganya akan senantiasa mengaut kekayaan melampau berikutan kemampuan mereka mengambil peluang demi peluang dengan kemewahan yang dimiliki.

Akhirnya si kaya akan bertambah kaya manakala orang biasa dan miskin akan terus terpinggir.




SEIKHLAS-IKHLAS KEMAAFAN 




Aku ada terbaca petikan kata daripada Ustaz Dr Zaharuddin  ...


Memaafkan bererti turut melupakan kesalahan yang dilakukan . Jika masih tersimpan , itu bukanlah maaf yang tulen  kerana itu MAMPU MEMAAFKAN adalah sifat orang yang tinggi imannya. 



Kebanyakan kita masih menyimpan perasaan tidak puas hati atau kecewa dengan seseorang yang melakukan kesalahan kepada kita walaupun kita sudah memaafkan mereka . Sedarkah kita sebenarnya itu bukan kemaafan yang tulen . Apabila kita memaafkan mereka anggaplah kita telah membina fasa perhubungan yang baru dan lebih baik. InsyaAllah, 


PENGHUNI DUNIA DAN AKHIRAT 
YANG PALING MULIA 

Sabda Rasulullah SAW kepada Uqban bin Umair

Wahai Uqban , bagaimana jika kuberitahu penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia ?



· Hendaklah kamu menyambung persaudaraan dengan orang yang memutuskan silaturahim denganmu 

· Hendaklah kamu menolong orang yang tidak mahu menolongmu

· Maafkanlah orang-orang yang menzalimimu